//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. :D


Bigfoots!

I want to talk


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Zeyya Eriesya
Others:   


seksanya cinta part 1


Dayana dan Rini saling berpandangan sesama sendiri.Wajah masing-masing menonjolkan riak kebingungan.mana tidaknya?baru sahaja mereka berdua duduk diatas bangku kayu yang disediakan dikantin tiba-tiba mereka didatangi oleh seorang jejaka yang tidak kurang kacaknya.Pelajar lelaki itu menyapa mereka dengan soalan yang seakan-akan mereka bertiga sudah berkenalan lama.Pelik bukan?
“hai awak berdua!Nak makan apa pagi ini?biar saya yang belanja.”kata pelajar lelaki itu dengan senyuman yang membuat mukanya nampak sungguh comel.
“hee…boleh saya tahu awak ni siapa?kami kenal awak?”Tanya Rini selepas beberapa detik mereka mendiamkan diri.‘siuman atau tidak budak lelaki ini?’bisik hati Rini.
“Awak berdua memang tak kenal saya dan saya pun sebenarnya tak kenal awak berdua.tapi bolehkan mulai sekarang kita berkawan?”kata pelajar lelaki itu.senyumannya masih belum pudar dari bibir.
“kawan?tentu sahaja boleh!saya Rini.Mia Syarini dan ini pula Dayana atau nama panjang Ria Dayana Rizta.”Rini memulakan perkenalan yang panjang lebar dengan sengihan ‘kerang wangi’.
“wah.Ria Dayana Rizta?panjangnya nama awak ya?”kata pelajar itu.Dayana hanya tersenyum.
“Nama awak?”Tanya Dayana sebagai dia menerima perkenalan itu.
“Oh!lupa nak kenalkan diri saya.nama saya Saiful Nizam tapi panggil Saiful je.”kata pelajar bernama Saiful itu.Saiful memandang jam tangan di pergelangan tangannya.“alamak,tinggal setengah jam sahaja lagi loceng berbunyi.so miss,nak makan apa?”Tanya saiful .Rini memikirkan makanan yang mahu dipilih.‘free siapa tak nak?’kata Rini sendiri.Dayana hanya memandang kearah Rini.beberapa minit kemudian…
“Hah!”dengan tiba-tiba Rini menyergah Saiful dan Dayana tanpa sengaja.Saiful yang terkejut hanya tergamam manakala muka Dayana yang separuh mati terkejut itu sudah berubah pucat sambil matanya terkedip-kedip memandang Rini.Rini yang menyergah tanpa  disengajakan itu terus tertawa terkekeh-kekeh sebaik sahaja terpandang wajah-wajah lucu yang menjadi mangsanya.
“amboi…puas awak ketawa ya?”kata Dayana yang sudah mencuka wajahnya.Rini tetap masih mentertawakan sahabatnya itu.
“yana kawan awak ni memang selalu macam ni ya?takut saya tengok.”bisik saiful pada dayana sambil menjeling-jeling kearah rini.
“mengumpat!”sergah rini lagi tapi kali ini memang dia sengaja menyergah.
“sergah orang lagi!”marah dayana.rini tersengih.
“saya nak mi goreng!pergi cepat!”arah rini tanpa tahu malu.dayana hanya menggelengkan kepala sambil memberi suntikan botox kepada rini.rini mengaduh kesakitan tapi hanya berdiam kerana dia tahu rakannya mahu dia menjaga kelakuan yang sungguh tidak senonoh itu.saiful hanya tersengih.
“yana?”Tanya saiful.
“yana ikut rini jelah.”jawab dayana dan memberi senyuman yang paling manis pada saiful.saiful mengangguk lantas membalas senyuman itu.

Labels: