//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. :D


Bigfoots!

I want to talk


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Zeyya Eriesya
Others:   


seksanya cinta part 3

Dayana melengkapkan diri dengan memakai skirt labuh hitam depadankan dengan kemeja paras siku berwarna hitam berjalur halus pink.mukanya dibiarkan neutral tanpa secalit make up mahu pun bedak.rambut pula dibiarkan lepas.
Memikirkan kejadian semalam tiba-tiba dayana diserbu perasaan malu. ‘cantik’ yang dikatakan hanyalah sindiran semata-mata.rambutnya kusut sebaik sahaja dia masuk kedalam rumah dan lihat cermin. ‘ahh!!lupakan!lupakan!’jerit hati dayana bagai orang hysteria.lekas-lekas dia turun kebawah mendapatkan ibunya yang berpakaian elegan seperti selalu Cuma hari ini mukanya lebih berseri.maklumlah..
“jom..”dayana sudah mencapai kasut tumit tingginya yang berwarna hitam di rak kasut.
Setengah jam kemudian mereka tiba di restoran mewah yang menyediakan makanan  jepun.dayana hanya mengikuti langkah puan damiyah yang jelas hatinya berbunga riang.dikejauhan dayana dapat melihat seorang lelaki berumur melambai-lambai kearah mereka dan dibalas oleh puan damiyah. ‘mesti dia.’
“assalamualaikum.maaf lambat dah lama sampai?”tegur puan damiyah sebaik sahaja mereka menghampiri meja tersebut.
“waalaikumsalam..kami pun baru sampai dalam sepuluh minit.”kata lelaki tua itu “mari duduk..”jemputnya.
“mana anak-anak you hadi?”Tanya puan damiyah sambil menyelesakan duduknya.dayana haya diam membisu.
“mereka pergi toilet.”jawab encik hadi.
“ini anak I,dayana..”puan damiyah memperkenalkan dayana kepada encik hadi.tiba-tiba dua orang pemuda mendekati mereka dengan senda gurau mereka. ‘bahagia betul’kata dayana.
“khairul,kamil.mari duduk.ini ayah kenalkan bakal ibu kamu puan damiyah dan ni anaknya dayana..”dayana memberi senyuman dan tunduk hormat kepada kedua-dua bakal abang tirinya apabila mereka memandangnya dengan senyuman yang manis.
Seketika kemudian seorang pelayan wanita dating untuk mengambil pesanan di meja mereka.setelah pesanan diambil pelayan tersebut menghilangkan diri disebalik tempat kaunter pembayaran.
“ibu..ana nak pergi tandas ea..”dayana bangkit dari duduknya selepas meminta izin dari ibunya.
“kamil.temankan dayana pergi toilet.”arah encik hadi pada kamil.dayana tersentak.’temankan?’
“ehh..tak..tak apalah pakcik.ana boleh pergi sendiri.”jelas dayana.
“temankan je..ana tu bukan boleh dibiarkan seorang nanti kalau dikacau orang dia menangis ketakutan pula.”kata puan damiyah membuatkan satu jeritan kecil keluar dari mulut dayana.
“ibu!”ibunya telah memalukannya didepan bakal keluarga tiri!mereka yang lain hanya ketawa mendengar kata-kata puan damiyah.kamil dengan gayanya yang cool bingkas bangun lalu menarik tangan dayana menuju ketandas sambil ketawa kecil.
“saya tunggu disini.”kata kamil dengan senyuman sambil menyandarkan badannya didinding.dayana masuk kedalam tandas bagi melepaskan hajatnya.beberapa minit kemudian dayana keluar sambil membetulkan rambutnya.
“okey.dah?”Tanya kamil.dayana menganggukkan kepala dengan rasa yang masih kekok bersama kamil.
“tak sangka saya bakal ada adik tiri yang secomel yana.”puji kamil tapi tetap memfokuskan pandangannya kehadapan.dayana yang mendengar hanya tersipu malu.wajahnya sudah mula memerah.
“abang ni.ana pun tak sangka akan ada abang yang handsome dan cool macam abang dengan abang khairul.”puji ayana pula.kamil tergelak mendengar pujian dayana.dayana menjongketkan keningnya tanda tidak mengerti.
“khairul?cool?khairul tu cool?haha..”Tanya kamil dengan sisa tawanya.”depan family je dia Nampak macam tu.tapi…kalau dengan kawan-kawan terus jadi ‘hot’.hahaha…”kamil mengutuk adiknya yang kepala angin itu.mereka berdua tergelak dan terus berdiam diri sebaik sahaja terlihat situasi yang agak cemas dimeja yang diduduki ‘keluarga’ mereka.mereka berdua pelik melihat khairul terbatuk-batuk dan encik hadi pula mengurut belakang khairul.
“hokkhookk!!”
“ayah?kenapa dengan budak ni?”Tanya kamil sambil duduk menyenget menghadap khairul.
“ayah pun tak tahu.tiba-tiba je dia tersedak bila minum.entah siapalah yang mengumpat anak ayah ni.”bebel encik hadi.
“ehh..merepek lah ayah ni.mana ada benda macam tu.”kata kamil cuba menyembunyikan kesalahan yang dilakukannya tadi bersama dayana.mereka berdua berpandangan sambil masing-masing tersenyum geli hati.

Labels: