//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. :D


Bigfoots!

I want to talk


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Zeyya Eriesya
Others:   


seksanya cinta part 4


“wah!kacaknya!untung lah awak yana..”kata rini teruja apabila melihat gambar semalam yang diambil dayana bersama kedua abang tirinya.
“abang tiri je.bukannya untung pun.”balas dayana.
“ehh?kira untunglah tu.didampingi oleh abang-abang yang handsome.tentu orang yang tengok cemburu.”kata rini sambil otaknya telah melayang entah kemana.melihatkan keadaan rini itu dayana tidak memperdulikan sahabatnya itu.boleh jadi gila jika dilayan.
Dayana merenung ke kolam air pancut yang berada di taman mini yang menjadi singgahan dayana dan rini.
“balik esok abang yang ambil ya?boleh kita pergi jalan-jalan..”kata kamil semasa mereka berlima menuju ke kereta yang dinaiki masing-masing.
“balik esok?”soal dayana..kamil memandang kearah puan damiyah..
“boleh tak ibu?”Tanya kamil terus membuatkan darah dayana menyirap. ‘ibu?belum apa-apa dah panggil ibu?’
“ibu?ahh..rasa nak pengsan..”kata puan damiyah sambil berpura-pura menjatuhkan badannya yang pasti menjadi mangsanya sudah tentu dayana yang terpaksa menahan tubuh puan damiyah.dayana menahan nafasnya sambil biji matanya memandang keatas tanda bengang dengan tindakan puan damiyah yang difikirkan tidak matang langsung bagi usahawan kosmetik yang Berjaya seperti puan damiyah.ketiga-tiga warga lelaki yang terhormat yang melihat aksi mereka berdua itu hanya ketawa.
“bolehkan?”Tanya kamil semula.
“dah tentu boleh!”kata puan damiyah riang.dayana yang tidak mahu terlibat lagi dengan aksi-aksi puan damiyah berjalan pantas dengan memicit dahi sambil menggeleng.terasa jauh benar kereta Honda jazz silver milik puan damiyah.
“anak lagi matang dari ibu ya..”tiba-tiba satu suara menegur.dayana pantas mengangkat dagu melihat siapakah gerangan yang menegurnya tadi.khairul!dayana kembali memandang kedepan.
“rasanyalah..”balas dayana.
“esok jadi?”Tanya khairul.
“ibu dah izinkan..nak tak nak kena ikut..”kata dayana.dia mengeluh sebaik sahaja terdengar puan damiyah ketawa seakan serupa langsuir itu. ‘ibu..ibu..’khairul tergelak kecil.
“orang dilamun cinta yana..biarkan je..”kata khairul..dayana memandang khairul sambil mengelengkan kepala..dalam gelengan masih ada senyuman..
“hoii!”dayana tersentak. “dah sampai zon mana?”Tanya rini.dayana hanya memberi satu jelingan sebagai jawapan.
“dah..jom masuk kelas..loceng dah nak bunyi..”kata dayana dan terus berlalu meninggalkan rini..

Labels: