//super awesome !
sweet owner

Navigation : touch hover image



Diaries Owner Linkies Stuff

hello peeps ! welcome to super awesome. :D


Bigfoots!

I want to talk


Credits!

basecode: Nurul AtiQah
Edit by: Cikmimin
Re-Edited By: Zeyya Eriesya
Others:   


YOU MAKE ME SMILE PART 6



Danny menjeling kesebelah kanannya. Kelihatan jullite begitu senang hati kerana terlepas dari ancamannya sebentar tadi. Wajah gadis disebelahnya ditatap tanpa menghiraukan bebelan guru mereka dihadapan. Apasal minah ni tak takut dengan aku? Rasa-rasanya mummynya sudah cukup berkuasa di charm school lebih-lebih lagi pekan midford ni… 
Kot ye pun minah ni anak orang berada pun mestilah dia akan cair dengan aku… other lady pun tau cair dengan aku walaupun aku tak senyum sikit pun dengan diaorang.. ni kan pulak aku meradang tahap nak bagi tapak kaki aku dekat muka dia. Tak kenal erti takut ke minah ni?
Diperhatikan jullite dalam-dalam. Sesekali gadis itu terkelip-kelip matanya memandang guru yang sedang bercakap dihadapan. Kemudian anak matanya yang berwarna hazel itu memandang keatas lagak sedang memikirkan sesuatu sambil mengetuk-getuk pen didagunya.
“woi minah..” panggil danny. Jullite menoleh kearah danny namun matanya masih lagi kehadapan. Lambat-lambat baru mata dan kepala jullite betul-betul tertumpu pada danny.
“hmm?” matanya terkebil-kebil sambil mengembungkan sebelah pipinya. Ehh? What? Dia tak marah ke aku panggil dia minah?
“what is it, danny?” tanya jullite apabila danny tidak berkutik. Lembut semacam bunyinya.
“kau tau siapa aku?” soal danny ringkas.
“ehh? Kau? Kau ni danny lah..” balas jullite bingung. Danny menjeling. Arhhh! Nevermind!
“kenapa kau tak cair dengan aku ehh? Aku rasa muka aku ni dah cukup sempurna dengan kekacakan yang semua perempuan idam-idamkan.. and paling penting aku ada status..” soal danny lagi.
“hah? What do you mean by that? Aku tak rasa kau ni matahari yang boleh cairkan badan aku yang solid tak seberapa nak solid ni.. and more important, kau ni boleh tahan perasan jugak ehh? Dengan muka kau yang macam mat dingin je.. aku pun tak tahu macam mana girls dalam sekolah ni boleh minat kat kau… maybe true that you have a status but I really don’t care about that..” balas jullite panjang lebar. Nadanya lembut walaupun menyakitkan hati. Danny menjeling lagi. Ehh minah ni.. menyempat lagi kau nak kutuk-kutuk aku kan? Melihatkan sahaja jelingan menyampah danny membuatkan jullite tersengih.
“kau sebenarnya nak tanya apa? Direct ajelah..”soal jullite pulak apabila perasan soalan tadi itu hanya ‘pembuka soalan’ dari danny. “kau sebenarnya pelik ehh ‘cause aku tak macam girls lain? Aku ni jenis girl yang tak pernah lagi kau jumpa dekat mana-mana parti or when you go anywhere? Hmm?” soal jullite lagi. 
Aku tak faham betul dengan si minah ni. Semalam bukan main ganas and then today… cakap berlembut walaupun ada ayat-ayat percakapan yang menyakitkan hati. 
“kau fikir dengan kau cakap berlembut dengan aku ni.. aku boleh bagi kau chance lari ke hari ni? In your dream only my slave…” beritahu danny merosakkan mood jullite. Dengan serta-merta dan pantasnya aura bunga-bunga jullite bertukar menjadi api yang menyala walaupun senyumannya masih kekal kedudukannya.
Danny mengangkat kening apabila terasa aura kemarahan jullite membara disekeliling gadis itu. Itulah yang aku nak! Yes! Kepalanya dipanggungkan. Sambil tersenyum sinis danny terus merenung jullite.
“are you trying pick a fight with me?” soal jullite kegeraman. Danny tidak menjawab malah memandang kearah lain sambil bernyanyi kecil membuatkan jullite bertambah geram.
“just go and die!” ujar jullite seraya bergegas keluar dari kelas. Guru dihadapan tercengang-cengang.
“danny.. what wrong with her?” tanya guru tersebut.
Danny menggangkat bahu. “period maybe..”
Pang! “danny you idiot!” marah jullite yang rupa-rupanya masih berada diluar kelas dan kemudian berlari meninggalkan kelas. Nicole yang mejanya berdekatan dengan pintu belakang terkejut besar. Terkejut kerana suara jullite yang nyaring itu menjerit dengan tiba-tiba sekali gus dengan bunyi pintu slide ditepinya bergegar hebat akibat hentakan tangan jullite.
Danny memandang kearah gurunya semula. “right?” kata danny sambil menyembunyikan tawanya.
Jullite berjalan pantas dikoridor. Danny idiot! Macam mana dia boleh berani-berani aje cakap benda yang memalukan macam tu kat depan cikgu! And more important that’s not true! Memang aku rasa nak masukkan muka aku kat dalam lubang tandas! Malu! Ni semua danny derhaka tu punya pasal!